Wednesday, October 28, 2009

Petua-petua Lepas Bersalin

Menaikkan Seri Wajah

Petua 1: Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya 3 kali seminggu.

Petua 2: Bersih dan kisar secawan beras. Ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar. Bancuh beras halus dan kunyit dengan air suam untuk dijadikan bedak. Gosok bedak ke muka dan leher 3 malam berturut-turut.

Petua 3: Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Makan sebiji sehari selepas sarapan.



Mengecutkan Rahim

Petua 1: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Petua 2: Minum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah 3 hari berturut-turut.



Menghapus Urat Timbul

Petua 1: Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul.

Petua 2: Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapu kepada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Petua 3: Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang.


No comments:

Post a Comment