Wednesday, October 28, 2009

Koleksi Petua Berkaitan Di Dapur ( Bahagian 2 )

Menghilang Tanda Hangus Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

Melembutkan Daging
Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.
Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.
Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.

Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama
Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar. Simpankan dalam peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.

Mengelakkan Sawang atau Sarang Labah-labah
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

Mengelak Telur Rebus Pecah
Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian baru masukkan telur ke dalam air.

Petua Mengupas Telur
Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Agar Tembikai Lebih Manis
Untuk memaniskan lagi tembikai, rendamkan dalam air garam selama 4 jam. Tembikai akan berasa lebih manis.

Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.

Hilangkan Bau Hanyir Ayam
Petua 1 : Lumurkan dua sudu makan cuka dan biar selama satu jam. Kemudian baru dicuci seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir dan lendir ayam tadi akan hilang.
Petua 2 : Terlebih dahulu lumurkan ayam dengan tepung gandum. Rendamkan dalam air sehingga 10 minit. Cucikan dengan air bersih.

Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.

Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar
Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar
Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cudi bersih dan lihat hasilnya.

Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.

Masakan Termasin
Potong kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.

Bekas Plastik Kelihatan Baru Semula
Koyakkan suratkhabar kecil-kecil. Selepas itu campurkan sedikit peluntur. Basuhkan bekas plastik itu sekali lalu dan rendam dalam campuran suratkhabar dan peluntur tadi. Biarkan semalaman. Keesokkan paginya, basuh bekas plastik tadi dengan serbuk sabun yang bercampur air limau nipis. Gosokkan dengan span. Kemudian, basuh bersih-bersih, bilas dan keringkan.

Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

Merangupkan Cucur
Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam abncuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa lebih enak bila dimakan.

Melembutkan Cucur
Bagi anda yang jarang membuat cucur, ini ada petua bagi melembutkan cucur. Pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam. Kacaukan sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang anda masak lebih lembut sesudah dimasak dan tetap lembut walaupun telah sejuk.

No comments:

Post a Comment