Wednesday, August 19, 2009

Herba membantu Senggugut

Senggugut

Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar daid yang tidak menentu.Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt.Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.

BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?

Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih.Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia diminum dua kali sehari.Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.

Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.Madu memang banyak khasiat dan kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbud bersama 20 g halia,10g kayu puti, 10 g jintan manis ,10 g kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.Secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang




Tuesday, August 18, 2009

PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.



Berikut adalah cadangan pemakanan tambahan untuk anda mengekalkan kesihatan yang sihat ketika kehamilan.

SUPLEMENFAEDAHDOS YANG DICADANGKAN
Zat besiKeperluan zat besi adalah tinggi ketika hamil. Ambil 100mg Vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik. Tambahkan pengambilan serat dalam makanan kerana pengambilan zat besi yang tinggi boleh menyebabkan sembelit. 30mg sehari atau ikut arahan doktor.
ProteinKekurangan protein sering dikaitkan dengan kecacatan bayi. Ambil protein yang berasaskan sayuran seperti soya.Ikut arahan pada label
B Complex dengan asid folik Untuk mengelak kecacatan bayi. Sangat penting
semasa 6 minggu pertama kehamilan.
400mcg sehari
Vitamin C dengan flavaniodsMembantu dalam mengurangkan kesakitan semasa bersalin.2000-4000mg sehari (dalam beberapa dos)
ZinkKekurangan pengambilan zink boleh menyebabkan berat bayi yang rendah.15-25mg sehari. Jangan melebihi 75mg sehari
Calcium & magnesiumPenting untuk pembentukan tulang dan gigiyang sihat. Membantu mengelakkan hipertensi dan kelahiran pramatang (premature). Calcium dan magnesium perlu diambil bersama.1500mg sehari (calcium) & 750mg sehari (magnesium)
Beta CaroteneSumber vitamin A10,000 IU sehari
CoEnzyme Q10Membantu badan menukar makanan kepada tenaga, meningkatkan pengaliran darah dan melindungi jantung.Ikut arahan pada label
Multivitamin & mineralUntuk kesihatan optima dan pemakanan yang seimbang, penting untuk kesihatan kandunganIkut arahan pada label
Vitamin EKelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin E.400 IU sehari




Friday, August 14, 2009

Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article:
Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (anak P'puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender diatas Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.

Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (Puan di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar Puan menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25(lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa Haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.
ALL THE BEST & GOOD LUCK!! INSYALLAH




Monday, August 10, 2009

Kira Kitaran Haid dan Hari Subur

Tips untuk kire hari subur...
Untuk mengira hari subur, setiap bulan kite mesti tanda tarikh bile hari pertama period dlm kalendar.Kemudian, ambil tarikh2 period 4 bulan terakhir. Hari pertama period dikire hari 1.Sehari sebelum period dtg merupakan hari last.Cth:

Bulan 7
Hari 1 = 1/7/2008
Katekan, period seterusnya 29/7/2008. Maka, Sehari sebelum period seterusnye = 28/7/2008.
Total hari = 1/7/2008 - 28/7/2008
= 28hari.

Bulan 8
Hari 1 = 29/7/2008
Katekan, period seterusnya 30/8/2008. Maka, Sehari sebelum period seterusnye = 29/8/2008.
Total hari = 29/7/2008 - 29/8/2008
= 32hari.

Bulan 9
Hari 1 = 30/8/2008
Katekan, period seterusnya 29/9/2008. Maka, Sehari sebelum period seterusnye = 28/9/2008.
Total hari = 30/8/2008 - 28/9/2008
= 30hari.

Bulan 10
Hari 1 = 29/9/2008
Katekan, period seterusnya 26/10/2008. Maka, Sehari sebelum period seterusnye = 25/10/2008.
Total hari = 29/9/2008 - 25/10/2008
= 27hari.

Jadi, Bulan 7+Bulan 8+Bulan 9+Bulan 10 = 28+32+30+27 = 117
Kemudian, bahagi 4 = 118/4 = 29.25. Genapkan, sebgai 29
Ari ke 14 adalah ari subur. Maka, 29-14 = 15
Oleh itu, ari subur untuk period terakhir ialah ari ke 15.
Hari pertama period untuk period terakhir ialah 26/10/2008, oleh itu ari ke 15 ialah 9/11/2008.


SUMBER: Mummy_Ayu @ Ratuhati



Sunday, August 9, 2009

Pregnancy Excercice






Saturday, August 8, 2009

Pregnancy Food Guide











Senarai Makanan Hikmahnya Dalam Islam






Friday, August 7, 2009

Nutrition During Pregnancy






Thursday, August 6, 2009

Doa Sebelum & Sesudah Bangun Tidur

• Sebelum Tidur Membaca Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit



Tuesday, August 4, 2009

Doa Elak Wabak Bahaya



SUMBER: al-bakriah




Monday, August 3, 2009

18 Tip Bangkitkan Selera Ketika Hamil



SUMBER: antiQue @ Forum Cari




Sunday, August 2, 2009

Ayat Kuatkan Rahim

Al Mu'minun ayat 12-14

surat al mu'minun ayat 12-14 :

Wa laqad khalaqnal-‘insâna min sulâlatim-minteen. Thumma ja-‘alnâhu nutfatan-fee qarârim-makeen. Thumma khalaqnan-nutfata ‘alaqatan-fa-khalaqnal-‘alaqata mudgatan-fa-khalaqnal-mudgata ‘izâman-fa-kasawnal-‘izâma lahmâ; thumma’ansha’-nâhu khalqan ‘âkhar. Fatabâraka-LLâhu ‘Ahsanul khâliqeen.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim) Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah ,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging . dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang. Lalu tulang-belulang itu Kami bugkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik".


Saturday, August 1, 2009

Petua mendapatkan anak lelaki @ perempuan

Petua mendapatkan anak lelaki @ perempuan

Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang..

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

  1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
  2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
  3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
  4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

  1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.
  2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.
  3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
  4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
  5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

  1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
  2. Banyakkan makan buah-buahan
  3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

  1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam
  2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”
  3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

  1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki
  2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)
  3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
  4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)
  5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

  1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
  2. Banyakkan makan yg berasid
  3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

  1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
  2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
  3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…


SUMBER: alkiram