Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Berikut adalah cadangan pemakanan tambahan untuk anda mengekalkan kesihatan yang sihat ketika kehamilan.
SUPLEMEN | FAEDAH | DOS YANG DICADANGKAN |
Zat besi | Keperluan zat besi adalah tinggi ketika hamil. Ambil 100mg Vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik. Tambahkan pengambilan serat dalam makanan kerana pengambilan zat besi yang tinggi boleh menyebabkan sembelit. | 30mg sehari atau ikut arahan doktor. |
Protein | Kekurangan protein sering dikaitkan dengan kecacatan bayi. Ambil protein yang berasaskan sayuran seperti soya. | Ikut arahan pada label |
B Complex dengan asid folik | Untuk mengelak kecacatan bayi. Sangat penting semasa 6 minggu pertama kehamilan. | 400mcg sehari |
Vitamin C dengan flavaniods | Membantu dalam mengurangkan kesakitan semasa bersalin. | 2000-4000mg sehari (dalam beberapa dos) |
Zink | Kekurangan pengambilan zink boleh menyebabkan berat bayi yang rendah. | 15-25mg sehari. Jangan melebihi 75mg sehari |
Calcium & magnesium | Penting untuk pembentukan tulang dan gigiyang sihat. Membantu mengelakkan hipertensi dan kelahiran pramatang (premature). Calcium dan magnesium perlu diambil bersama. | 1500mg sehari (calcium) & 750mg sehari (magnesium) |
Beta Carotene | Sumber vitamin A | 10,000 IU sehari |
CoEnzyme Q10 | Membantu badan menukar makanan kepada tenaga, meningkatkan pengaliran darah dan melindungi jantung. | Ikut arahan pada label |
Multivitamin & mineral | Untuk kesihatan optima dan pemakanan yang seimbang, penting untuk kesihatan kandungan | Ikut arahan pada label |
Vitamin E | Kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin E. | 400 IU sehari |
No comments:
Post a Comment