Saturday, November 14, 2009

Info Resdung

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

APAKAH SINUS ? (RESDUNG)
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya
kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS
• Sumbat hidung
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

No comments:

Post a Comment