Sunday, May 17, 2009

BAGAIMANA BERAT BADAN BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN?

Banyak kajian membuktikan, berat badan berlebihan yang keterlaluan ada kaitan dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), iaitu antara punca utama masalah kesuburan.

Obesiti pada wanita boleh:
  1. Mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur) atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna atau tidak mencapai saiz yang diperlukan untuk ovulasi.
  2. Mengganggu kitaran haid.
  3. Memanjangkan tempoh rawatan untuk hamil. Jika mengandung pun, kandungan tidak stabil, terutama dalam tiga bulan pertama.
  4. Kurang respons atau tindak balas badan terhadap ubat kesuburan atau suntikan hormon.
  5. Memerlukan dos ubat atau suntikan yang tinggi.
  6. Risiko keguguran tinggi.
  7. Risiko tinggi menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi ketika mengandung.
  8. Meningkatkan risiko kecacatan bayi.
  9. Meningkatkan risiko bayi dalam kandungan bersaiz besar.
Wanita terlalu kurus:
  1. Kurang rembesan hormon.
  2. Kurang nafsu untuk hubungan seksual.
  3. Peratusan implantasi embrio dalam rahim lebih rendah.

Lelaki obes dan terlalu kurus:
  1. Jumlah sperma kurang.
  2. Jumlah sperma yang berbentuk tidak normal tinggi.


No comments:

Post a Comment