Showing posts with label mahsuri. Show all posts
Showing posts with label mahsuri. Show all posts

Wednesday, April 29, 2009

Misteri: Sumpah Keramat Mahsuri

Oleh Hamzah Osman

Langkawi dikatakan membangun, seterusnya diisytihar sebagai pulau bebas cukai pada 1987 selepas generasi ketujuh

"YA Tuhanku! Tidak aku redha dan tidak aku halalkan darahku tumpah ke bumi Langkawi. Tidak aku rela mati dengan teraniaya! Aku bersumpah pulau ini menjadi padang jarak padang terkukur, tidak akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan. Berpuakalah pulau ini! Ya, Allah, matikanlah aku yang tidak berdosa ini...."

Demikianlah antara baris akhir ‘sumpah keramat’ yang dikatakan dilafazkan lagenda Mahsuri lebih 200 tahun lalu ketika dihukum bunuh akibat fitnah ‘bermain kayu tiga’ ketika ketiadaan suaminya, Wan Derus.

Mahsuri dikatakan meninggal dunia pada 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Bermula detik itu, menyusul beberapa kejadian buruk di Pulau Seri Negeri yang dikaitkan dengan ayat keramat yang kononnya dilafazkan Mahsuri yang juga puteri tunggal Pandak Mayah dan Mak Andak Alang.

Bagaimanapun, persoalan itu masih menjadi misteri dan belum diterokai sepenuhnya.

Malah, secara kebetulan kelahiran gadis manis bernama Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi pada 1985 yang dikatakan generasi ketujuh Mahsuri turut memperkuatkan andaian penduduk.

Ini kerana selepas itu beberapa perubahan besar berlaku, sekali gus memperlihatkan Langkawi semakin membangun dari segi fizikal dan ekonomi bertambah maju, seterusnya diisytihar sebagai pulau bebas cukai pada 1987.

Sebelum 1980-an, kehidupan di Langkawi semuanya menjadi sukar dan dilaporkan tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di pulau itu.

Ketika banyak pihak mempertikaikan kesahihan sumpah keramat itu, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pegawai Daerah Langkawi, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengambil inisiatif mencari kubur jelitawan itu.

Kesungguhan Tunku Abdul Rahman yang dibantu seluruh pemimpin masyarakat dan penduduk setempat menjejaki semua kubur lama hingga ke seluruh pelosok pulau itu memakan masa yang berbulan-bulan lamanya.

Akhirnya sekitar 1940-an, Tunku menemui kubur misteri itu di suatu tempat tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam dan kini dikenali Makam Mahsuri yang letaknya di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, kira-kira 12 kilometer dari Kuah.

Mengimbas kematian Mahsuri menerusi catatan dalam beberapa buku sejarah lama, beliau pada mulanya diikat pada perdu pokok Asam Jawa dan ditikam dengan tombak (terdapat juga catatan yang menyatakan senjata itu adalah keris).

Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Lalu Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti yang terdapat di alang rumahnya.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa diberi peluang membela diri.

Akibat fitnah dan hukuman zalim itu, Mahsuri dikatakan mengalirkan darah berwarna putih selepas terpacul kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi.

Sementara, lelaki yang difitnah berhubungan sulit dengan Mahsuri, dikenali sebagai Deramang, yang juga seorang penyair turut dibunuh kemudiannya walaupun cuba bertindak balas untuk mempertahankan diri.

Cerita lagenda juga menyebut jenazah Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan bagi menebusnya.

Dalam catatan lain pula, kehidupan awal Mahsuri bermula di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II Ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Mayah baru saja berhijrah ke Langkawi.

Diceritakan juga bahawa pasangan Pandak Mayah dan Mak Andak Alang datang dari Siam. Pandak Mayah adalah seorang yang berada kerana memiliki sawah yang luas dan terbabit dengan perniagaan sarang burung layang-layang.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan yang kemudian diberi nama Mahsuri.

Kehidupan Mahsuri dalam tempoh itu dikhabarkan seperti anak gadis Melayu lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan, selain berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Bagaimanapun, kejelitaan yang dimiliki Mahsuri membawa kepada buah mulut dan membangkitkan rasa cemburu yang melampau membabitkan masyarakat setempat terutama di kalangan kaum wanita.

Kemudian, Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Seri Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh.

Mahsuri dikatakan hamil ketika Wan Derus bersama ratusan penduduk lain keluar dari Langkawi selepas diperintahkan kerajaan Kedah ke Siam untuk berperang.

Sepeninggalan Wan Derus, Mahsuri dikatakan tinggal bersama ibu bapanya. Pada waktu sama, Deramang, seorang penyair dan peniaga singgah di Langkawi dan menawar diri untuk tinggal lebih lama di pulau itu.

Kebolehan luar biasa Deramang menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, beliau dibenarkan tinggal di rumah keluarga itu untuk mengajarkan syair.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan sekali lagi menimbulkan perasaan cemburu kepada Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar Langkawi ketika itu.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang menjadi mangsa fitnah sebelum ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya.

Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman.

Cerita yang sebahagian besar diwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi itu ternyata benar dengan kewujudan beberapa nama tempat termasuk kampung dan mukim yang masih gah hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, persoalan benarkah wanita cantik bernama Mahsuri pernah bersumpah keramat sebelum dihukum bunuh dan jasadnya disemadikan di Makam Mahsuri? Ia masih misteri sehingga kini.



FAKTA: Kejadian dikaitkan dengan sumpah keramat Mahsuri

Langkawi diserang hebat oleh tentera Siam.

Jelapang padi kepunyaan penduduk dimusnahkan.

Padi milik penduduk dikumpulkan di Kampung Raja, Padang Matsirat dan dibakar hingga hangus.

Datuk Seri Pekerma Jaya dan isterinya, Wan Mahura turut terbunuh dalam peperangan dengan Siam.

Penduduk Langkawi yang terselamat dijadikan orang tawanan dan dibawa ke Siam.

Langkawi tidak membangun selama tujuh keturunan.


Makam Mahsuri:

Letaknya di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, Langkawi.

Jaraknya 12 kilometer dari jeti Kuah

Dijumpai di bawah sepohon cenderai yang rendang.

Kawasan itu turut di kelilingi pohon rumbia.

Terdapat sebuah perigi di kawasan berhampiran.

Dibina semula oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1940-an.

Kini muncul sebagai destinasi mesti lawat di Langkawi.


E-book: The Legend Of Mahsuri






THE LEGEND OF MAHSURI

The best known legend of Langkawi is of Mahsuri, a pretty maiden

who lived some 200 years ago.

Once upon a time, there lived in Langkawi two Muslim Siamese immigrants, a childless couple, Pandak Maya and Mak Andam, who prayed for a child.
Their prayers were answered when they had Mahsuri, a sweet delightful child who grew into a beautiful young woman. Being kind-hearted and of such a beauty,

she captured the heart and soon married Wan Darus, a warrior and the son of the headman of the village and Chief of Langkawi

Their idyllic lives were disrupted when her husband went off to fight against an invading Siamese army. A travelling minstrel and poet named Deraman arrived at the village and soon, Mahsuri and Deraman became good friends.

Mahsuri was said to have allowed him to stay at her house. This soon gave

rise to the vicious gossip that Mahsuri was a faithless wife

She was soon a victim of a conspiracy and was falsely accused of committing adultery with the handsome Deraman.

There are many versions as to the reasons behind the treachery.
Widely believed was that her own mother in law, Wan Mahora, was jealous of

her beauty and popularity and had plotted against her.

Yet another version says that the village headman, Dato Karma Jaya

(her father in law) was so enamoured of Mahsuri, that he tried to make use

of her husband's absence to his advantage. Needless to say, his caused wife

(her mother in law) was not amused and plotted to have Mahsuri done away with.

Hence, she was accused Mahsuri of being an adulteress, and was sentenced

to death by Dato Karma Jaya, her own father-in-law.

Despite her parents' pleas and the cries of her child at her skirts, Mahsuri was dragged away and tied to a tree. Vehemently protesting her innocence,

she begged for mercy, but the villagers, under the influence of the headman's

wife, gave her no quarter. Legend says that the swords and machetes used

by the executors could not injure her. The people really should have believed her when all the spears that they threw at her fell harmlessly at her feet. They were baffled but still convinced that Mahsuri was guilty of wrong-doing.


Finally, Mahsuri, having resigned herself that only her death would appease them, told them how they could kill her. She would only die by the blade of the

ceremonial sword kept at her home. Someone was sent to fetch it and

legend has it that the sky became overcast and there was thunder and

lightning as Mahsuri was fatally stabbed.

At her execution by stabbing with a sacred 'keris' or dagger, the villagers were shocked to discover that the blood flowing from her body was white, signifying

her innocence. Others maintain there was the sudden appearance of white

mist that enveloped the spot where she was executed, which it was believed

was a sign of mourning of her innocence.

Mahsuri is is probably best remembered for her curse. With her dying breath Mahsuri placed a curse on the island of Langkawi by uttering, "For this act of injustice Langkawi shall not prosper for seven generations to come."

In 1821, not long after Mahsuri's execution, Siam invaded Langkawi. To starve the invading Siamese soldiers, Dato Karma Jaya ordered all the rice on the island

be collected and burnt in Padang Mat Sirat.

This proved to be a foolish move, for the residents soon died from starvation.

Remnants of the burnt rice could still be seen in a cordoned area in Padang Mat Sirat, Kampung Raha. The burnt rice is said to have been buried below ground before being burnt, but often appears on the surface after a rainy day.

Do you not think it strange that the rice grains have not turned into soil after so long? Some things have to be seen or experienced first-hand to be believed.

The village headman and his sons were killed fighting the Siamese and

neither was his wife spared.

Decades after Mahsuri's death, Langkawi experienced a period of tribulation

with her population dwindling in size. The island became a desolate place,

beset by series of misfortunes.

As for Mahsuri's family, they left Langkawi and settled in Thailand.

No one knew much about what had happened to them until the year 2000

when the Kedah government located them on the island of Phuket. They were invited to Langkawi for a visit and to see if they would like to make the island their new home. The time for Mahsuri's seven generation old curse to end was at hand and it was hoped that with the arrival of her descendants, Langkawi could finally put its sad past behind and move forward towards prosperity and progress.

Wan Aishah Nawawi pointing to her very famous ancestor Mahsuri

Coincidence or not, one of the two siblings who are of the seventh generation descendants, is a young and pretty fourteen year old girl (at 2003) named Wan Aishah Nawawi who bears a striking resemblance to Mahsuri as depicted in a portrait painted quite some time ago. The family has since returned to Phuket as they have not yet been able to make the all important decision of becoming Malaysian citizens and resettling in Langkawi. The public was first introduced to Langkawi by the late Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia. As a young District Officer in Kedah, the Tunku used to visit Langkawi and had wanted to visit Mahsuri's gav to pay his respects. However, no one could tell him where it was. So, the Tunku made up his mind to find it. He was not one to give up and so persevered until one day, he came across a grave hidden in some undergrowth.

He was sure that it was Mahsuri's although there was no marker indicating that fact or otherwise. He approached a Chinese contractor to build a tomb for her. Shortly after the tomb was erected, the Tunku was given a promotion and was eventually to become the first Prime Minister of Malaysia and the contractor who had borne the costs of building the tomb became rather prosperous – as he soon landed several lucrative contracts.Mahsuri's tomb is now encased in white marble, quarried from the hills of Langkawi - white symbolising her innocence. Nearby is a well, which Mahsuri used to wash and bathe. Photographs of her descendants are displayed on the board next to her grave.

Whether fact or fiction , the curse, believed to have brought destruction and doom to the island and was to last for seven generations. It was said that at one time, buffaloes even outnumbered villagers. It has only been recently with the birth in 1980 of Aishah Nawawi, a direct descendant of Mahsuri, the eighth generation, that Langkawi has started to really prosper.

To Malaysians, Mahsuri is more than a legend; she is the epitome that truth and goodness shall prevail. And just as the Tunku had freed Malaya from colonial rule, so too had he helped Langkawi to free itself from the shackles of its own past.


Lagenda Mahsuri






CREDIT: Laila Tempawan@Cari Forum