Friday, July 31, 2009

Doa untuk dapat zuriat

Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s.

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii


Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’

Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar zorni fardan wa anta khoirul waaa rithiin


Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi

Surah Al-Anbiya:21:89

Robbi hablee miladunlakaa zurriyatan toiyiban innaka samii uddoa


Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan

Surah Ai Imran 3:38

Doa sebelum persetubuhan

BIsmillahi Allhuma jannibnasy syaithoona wa jannibisy syaithoona maa rozaqn tanaa.


Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.


SUMBER: hamidarshat




Thursday, July 30, 2009

Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung

surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.




Tuesday, July 28, 2009

Doa ditimpa musibah

Allahumma'jur ni fi musibati wakh luf li khoi ran minha


Ya Allah, kurniakanlah aku pahala dgn musibah yg menimpa ini, & gantikanlah ia dgn yg lebih baik buatku....


Monday, July 27, 2009

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:
  1. Mengambil wuduk
  2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali..
  3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.
  4. Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
  5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.
  6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”.
  7. Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.
  • Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim) Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

SUMBER: Berita Harian




Sunday, July 26, 2009

SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 – Hancur Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat Ayat 82 – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton – Elok untuk kulit Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga) Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.

—————————————————————–

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.


SUMBER: fauzynm.e-belia


Saturday, July 25, 2009

Hukum Jumpa Bomoh & Cara Elak Gangguan

Dewasa ini masih ada sekelompok masyarakat yang masih mempercayai bomoh. Dulu, istilah 'bomoh' amat popular di kalangan masyarakat kampung dan di pedalaman kerana 'bomoh' bagi mereka dianggap sebagai suatu sumber perubatan dan pengubatan ditambah pula dengan kekurangan kemudahan kesihatan oleh pihak kerajaan. Namun kini, masyarakat bandar juga masih percaya akan kemampuan bomoh dalam mengatasi kemelut masalah mereka. Natijahnya tidak semua penyakit dan masalah kesihatan mampu disembuhkan oleh ubat-ubatan moden dan juga tidak semua penyakit dan masalah kesihatan mampu disembuhkan oleh ubatan tradisional. Namun perlu dingat setiap penyakit datang dari Allah SWT dan setiap penyakit juga ada penawarnya. Berbalik kepada persoalan penggunaan bomoh di kalangan masyarakat kita, ada segelintir masyarakat yang menggunakan bomoh untuk melariskan perniagaan, menaikkan seri muka, membalas dendam dan pelbagai tujuan lagi. Namun secara hakikatnya tanpa kita sedar, penggunaan khidmat bomoh boleh membawa kepada syirik iaitu salah satu dosa besar dan amat dilaknati oleh Allah SWT. Kita renungi bukti2 seperti berikut mengenai hukum meminta pertolongan dengan bomoh.

Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w.
Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar.

Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)

Kami telah muliakan manusia itu dengan memberi rezeki kenderaan di darat dan di laut dan dengan memberikan rezeki yang baik dan Kami telah lebihkan dia daripada makhluk-makhluk yang lain (Surah al-Isra’ : 70)

Apabila kita dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara yang menurut oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun (Ismail Kamus, 2006).

Dalam menelusuri kehidupan kita seharian, kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan jin, syaitan dan sihir melalui amalan-amalan dibawah:
  • Sentiasa berzikir kepada Allah.
  • Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca istia’zah dan basmallah.
  • Jangan menuang air panas ke dalam tandas kerana itu tempat jin dan syaitan.
  • Apabila masuk ke bilik yang gelap, bacalah Basmalah.
  • Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah basmalah.
  • Apabila terjun dari tempat tinggi, sebutlah basmalah.
  • Jangan buang air kecil di dalam lubang.
  • Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
  • Jangan menyakiti kucing dan anjing.
  • Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah dihalau sebanyak 3 kali.
  • Jangan berjalan seorang diri di hutan.
  • Mengamalkan surah al-ikhlas, al-falaq, al-nas dan ayat kursi.
  • Hidupkan suasana Al-Quran di rumah.
  • Menyebut zikir La ilahaillallah 100 kali sehari.
  • Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf : 118 dan 119, surah Taha : 69.
  • Makan buah tamar.

InsyAllah, dengan izin Allah SWT, kita akan dilindungi daripada gangguan2 tersebut. Sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita sentiasa dilindungi dan dalam masa yang sama menunaikan amalan2 yang diperintahNya.


SUMBER: asmadi615




Wednesday, July 22, 2009

Nilai Khasiat Susu Lebah & Fungsinya

Susu lebah mengandungi bahan-bahan berkhasiat tinggi seperti berikut:
  1. PROTEIN : terdapat hampir 30 asid amino, iaitu bahan yg terhasil akibat pecahan protein
  2. BAHAN GALIAN: terdapat 11 jenis bahan galian yg diketahui
  3. ENZIM & HORMON : termasuk hormon seks yg biasanya dibebaskan drpd suprarenal di atas buah pinggang ( ginjal)
  4. VITAMIN : A. B. D. E. kumpulan vitamin B kompleks paling kaya iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8, B9, B12

Sebagai tambahan kpd bahan-bahan berikut, beberapa bhn istimewa juga terdapat dlm susu lebah seperti yg disenaraikan :
  1. 10-HDA : Asid 10-hidroksi Desenoik yg diketahui berfungsi merencat atau membantutkn pertumbuhan TUMOR (BARAH). Hanyalah susu lebah mengandungi bahan istimewa ini
  2. PEPTIDA & INSULIN : sejenis bahan yg mempunyai ciri-ciri yg amat berfaedah bg penghidap kencing manis
  3. KOLAGEN : membantu memulihkn kekenyalan otot. Sangat diperlukan oleh wanita bg memelihara kecantikan, terutama wanita yg baru melahirkn anak
  4. ASETILKOLIN : mengekalkan limpa agar berada dlm keadaan normal
  5. PAROTIN : memulihkan sel-sel badan, melambatkan proses penuaan 80% kegunaan susu lebah adalah untuk wanita, memandangkan wanita mengidap pelbagai jenis penyakit seperti berikut :
  • Senggugut
  • Keputihan
  • Barah Pangkal Rahim
  • Barah Payudara
  • Haid tidak teratur
  • Tiada zuriat

Susu lebah juga berupaya mengubati penyakit seperti :

Kencing manis, Migrain, Barah usus, Barah otak, Gaut Dan pelbagai penyakit kronik

TESTIMONIAL

1. KEHILANGAN KEMAHUAN SEKS

Seorang lelaki british yg menghidap sawan terjun serta kehilangan kemampuan seks telah memulihkan kesihatannya setelah memakan susu lebah selama 2 bulan.

2. PENYAKIT KULIT

Seorang pemuda di Singapura mempunyai parut hitam di paha yang membuatnya berasa gatal. setelah menjalani rawatan doktor, didapati penyakitnya merupakan suatu penyakit WARISAN yg tidak dapat diubati. Setelah mengambil 5 kotak susu lebah, parutnya dapat disembuhkan kira-kira 80%.

3. PENYAKIT ASMA

Seorang perantau Tionghua, Cik Fu Luk Kuan yg tinggal di Malaysia telah menghidap penyakit asma selama 3 tahun yg tidak dapat diubati doktor. Pengambilan susu lebah telah menyembuhkannya.

4. SENGGUGUT

Bagi seorang gadis England, setiap kali kedatangan haid merupakab penyeksaan besar kerana dia akan mengalami senggugut. Tetapi setelah mengambil susu lebah selama 3 minggu, dia tidak lagi mengalami senggugut.

5. MENCEGAH SEL-SEL KANSER DARI MEREBAK

Seorang wanita di Seremban telah disahkan menghidap kanser & sel-sel kanser itu telah merebak luas di sekeliling paru-parunya. Tetapi, setelah mengambil 20 bungkus susu lebah, pancaran sinar-X menunjukkan sel-sel kansernya hanya tertumpu pada suatu tempat kecil di bahagian paru-paru. Ini membuktikan bahawa susu lebah dapat mengawal sel-sel kanser dari merebak.

6. MENINGKATKAN PELUANG HAMIL

Dua pasang suami isteri di Malaysia yg telah berkahwin beberapa tahun masih belum mempunyai anak. Tetapi setelah memakan susu lebah, isteri menunjukkan kesan positif iaitu hamil.

7. PENYAKIT BUASIR

Seorang lelaki di malaysia yg telah membelanjakan beribu-ribu ringgit bg mengubati penyakit buasir di hospital tetapi masih tidak sembuh. Setelah mengambil susu lebah, penyakit itu dapat diatasi sama sekali

8. PENYAKIT GASTRIK

Gastrik boleh menyebabkan barah pencernaan di usus dan boleh disembuhkan dengan memakan susu lebah

9. PEMULIHAN KEKENYALAN OTOT

Seorang wanita Amerika, Irene Stein, merupakan pengguna setia susu lebah dan telah menjalani pembedahan di bahagian perut. Anehnya, lukanya cepat sembuh dan beberapa hari kemudian dia dapat bekerja seperti biasa. Terbuktilah susu lebah dapat membantu pertumbuhan otot dan pemulihan luka.

Daripada kajian testimoni itu tadi, keberkesanan susu lebah amat luas sehingga tiada batasnya. Ia benar-benar penyegar manusia paling sempurna di dalam dunia ini.

SUSU LEBAH SEBAGAI PEMELIHARA KECANTIKAN

Susu lebah mempunyai khasiat yg berfungsi:

PELBAGAI HORMON : menyeimbangkan perembesan hormon tisu badan, meredakan urat saraf, membantu metabolisme, menghidupkan sel-sel dan memuluhkan fungsi-fungsi rahim

KOLAGEN : memulihkan kekenyalan otot, mencegah kulit dari berkedut

VITAMIN B KOMPLEKS : memastikan pertumbuhan sel-sel secara berturut, memperbaharui otot-otot, menyuburkan kulit, melambatkan proses penuaan agar kelihatan sentiasa muda

PROTEIN : menguatkan fungsi limpa supaya otot kulit kelihatan lebih asli, anjal dan berseri-seri

Kecantikan semulajadi merupakan impian setiap wanita. Dengan memakan susu lebah, impian ini akan menjadi kenyataan. Itulah sebabnya kenapa Perdana Menteri England, Margaret Thatchet turut memuji keistimewaan susu lebah dan mengatakan " Rahsia pemeliharaan kecantikan saya adalah bergantung kepada susu lebah!"

SIAPA YG PERLU MENGGUNAKAN SUSU LEBAH?
  1. Mereka yg menaruh perhatian terhadap kecantikan & wajah muda mereka
  2. Anak-anak lemah & kurang makan
  3. Para eksekutif yg sibuk & stress
  4. Ibu yg hamil, ibu yg menyusui
  5. Para siswa yg sedang belajar utk peperiksaan
  6. Para pesakit yg sembuh dr penyakit yg parah
  7. Mereka yg ingin melambatkan proses penuaan (30-40 tahun keatas)
  8. Wanita yg sedang mengalami menopouse
  9. Mereka yg memiliki tubuh yg rendah daya tahan penyakit
  10. Mereka yg sedang pantang memakan daging ( susu lebah mengandungi sumber yg sangat kaya akan protein haiwan


SUMBER: sepaku



Tuesday, July 21, 2009

Khasiat Royal Jelly makanan si Ratu Lebah


Royal Jelly atau seringkali disebut dengan susu lebah adalah makan khusus Ratu Lebah. Warnanya adalah kental putih dihasilkan oleh lebah muda sebagai bahan makanan larva lebah dan makanan sepanjang hidup bagi si ratu lebah.

Royal jelly kaya akan hormon yang berfungsi memperbaiki dan meremajakan sel sel tubuh, otak saraf dan sel organ tubuh yang lain. Efek alami untuk kesehatan bagi manusia dari bahan ini sungguh luar biasa, seperti hal nya kesehatan dan vitalitas si ratu lebah yang kerjanya hanya kawin dan bertelur setiap hari sepanjang hidupnya, disamping itu si Ratu lebah berumur puluhan kali lebih panjang dibandingkan lebah yang lain.

Komposisi Royal Jely sangat kaya akan Asam Amino, Hormon-hormon, Vitamin B alami (B1,B2,B3,B5,B6,B12), Asam Folat, Niacin, Biotin, Asam panthotenat, ,Vitamin C, Mineral (nitrogen, phosphor, belerang, besi, mangan, nikel, cobalt, selenium, emas, chrom, bismuth. Proporsi secara garis besar Royal Jely mengandung 12% protein, 14% karbonhidrat dan 5% lipid.

Bagaimana lebah muda menghasilkan Royal Jelly? Produk ini dihasilkan oleh lebah muda yang memakan madu dan bee pollen dan kemudian dikeluarkan melalui kelenjar-kelenjar hypopharyngeal berupa cairan putih kental, yang berada di kedua sisi yaitu kepala dan leher lebah.

Apa saja khasiat Royal Jelly?

  • Antiaging atau memperlambat proses penuaan.
  • Sindrome menoupouse, impotent, ketidaksuburan.
  • Kanker/efek kemoterapi.
  • Tulang rapuh.
  • Penyembuhan pasca operasi.
  • Parkinson.
  • Pertumbuhan yang terhambat
  • Kelelahan yang bersifat kronis.
  • Diabetes.
  • Arteriosclerosis
  • Atherosclerosis

Apakah hanya diatas itu saja khasiat Royal Jelly? Masih banyak lagi seperti dibawah ini:

  • Arthritis / rhemautik
  • Anemia.
  • Tekanan darah tinggi
  • Kadar kolesterol tinggi
  • Infeksi kandung kemih / empedu.
  • Asma.
  • Penyakit Tukak Lambung.
  • Impetigo.
  • Kecerdasan otak, dan lain lain yang tidak disebutkan disini.

Anda ingin menjaga kesehatan anda secara alami? Cobalah Royal jelly, makanan setiap hari sepanjang hayat si Ratu Lebah.


SUMBER: citraindahrumahku





Monday, July 20, 2009

Petua Cepat Dapat Anak

  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.


SUMBER: PakarHowTo

Sunday, July 19, 2009

Tentu jantina

SETIAP pasangan yang berkahwin tentu menginginkan anak sebagai penghubung kasih sayang mereka. Ada pasangan merancang untuk menentukan jantina anak mereka, terutama yang pertama.

Ada yang berpendapat lebih baik mendapat anak lelaki sebagai anak sulung kerana boleh memikul tanggung jawab berat apabila dewasa, dan ada juga inginkan anak perempuan dengan alasan lebih senang dididik bagi menguruskan keluarga.

anak perempuan) mengikut pilihan pasangan kelamin itu.

Kini, ada banyak teknik penapisan sperma yang lebih berkesan, termasuk kaedah bayi tabung uji untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan mendapat dan memilih jantina anak.

Menerusi kaedah itu, ia dilakukan ketika telur dibiarkan bercantum dengan sperma lelaki, janin yang terjadi boleh dikenal pasti jantinanya dengan mengambil satu sel dari embrio untuk diperiksa baka seksnya.

Jika embrio itu dikenal pasti dari baka seks pilihan, ia dimasukkan ke dalam rahim supaya embrio itu menginap kepada enometrium dan terus berkembang.

Apa juga kaedah yang dicuba dan juga jantina anak yang diingini, harus diingat dan paling penting adalah sentiasa bersyukur dan terima apa saja jantina anak dianugerah Allah SWT.



SUMBER: Harian Metro



Saturday, July 18, 2009

Khasiat madu untuk kesihatan

MASIH ramai yang tidak menyedari khasiat madu lebah dan kepelbagaian kegunaannya dalam kehidupan seharian manusia.

Tidak kurang juga yang menganggap fungsi madu lebah hanya satu iaitu enak sekiranya dimakan bersama-sama dengan roti, manisan ataupun dicampur ke dalam minuman.

Sekiranya diimbas kembali sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak dari zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun sebelum Masihi.

Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.

Malah sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah di dalam perubatan amatlah masyhur dan ini bertepatan dengan firman Allah subhanahu wa taala di dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa' (penawar) kepada manusia.

Selain negara-negara Asia Barat, di Eropah juga terdapat sebuah kesatuan diberi nama Apitherapy yang diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes iaitu seorang berbangsa Perancis yang menggunakan produk madu lebah sebagai satu teknik penjagaan kesihatan.

Bagi penduduk di Asia Barat iaitu masyarakat Arab sememangnya mereka tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian.

Di kalangan masyarakat Cina pula amalan memberi madu lebah kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi telah lama dipraktikkan. Namun begitu, ledakan pembangunan dan perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan pelbagai kesangsian terhadap keaslian produk madu yang ada di pasaran.

Kini timbul pula masalah bagaimana hendak mencari madu yang benar- benar tulen, mentah dan bebas daripada campuran bahan-bahan lain.

Pengarah Urusan Syarikat The Lost Heritage Herba Enterprise (TLHHE), Zulkarnain Yunus berkata, jika lebah yang diternak dari ladang- ladang yang sumber madunya agak terhad kepada jenis bunga-bunga tertentu sahaja mungkin kualitinya tidak sebaik madu lebah liar dan harganya adalah lebih murah.

Menurut beliau, untuk mengenal pasti ketulenan madu juga bukanlah satu kerja yang mudah kerana pelbagai teori digunakan bagi mengenal pasti ketulenannya.

"Jika pengguna tersilap pilih mungkin mereka boleh terbeli madu yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan ini akan mengakibatkan kemudaratan kepada sesetengah penghidap penyakit," katanya.

Zulkarnain memberitahu, ada sesetengah pengguna sanggup mencari madu asli dengan berbelanja besar bagi tujuan tersebut. Percaya atau tidak harga madu asli di Asia Barat boleh mencecah sehingga RM1,000 sekilogram.

Katanya lagi, madu sesuai dijadikan makanan tambahan berikutan khasiatnya yang tinggi kerana ia turut mengandungi bahan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

"Madu juga berfungsi menghilangkan kepanasan badan, batuk, serak suara, mencerdaskan otak serta dapat melembapkan kerongkong."

"Malah ia juga sesuai bagi meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, menyelaraskan peredaran darah, meningkatkan daya ketahanan badan serta mencegah selesema," tambahnya.

Madu juga sesuai diamalkan oleh wanita mengandung (6 bulan ke atas) dan selepas bersalin (selepas 20 hari).


Friday, July 17, 2009

KEAJAIBAN MADU LEBAH

Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)

Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan
mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimum dengan menggunakan bahan yang paling sedikit. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antara lebah yang sukar untuk dipercayai. Setelah menemui sumber makanan, lebah pemandu yang bertugas mencari bunga untuk menghasilkan madu terbang lurus ke sarangnya. Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus.
Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemuinya tanpa kesukaran.

Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membina sarang. Mereka mula membina sel-sel tempat menyimpan madu dari sudut- sudut yang berbeza, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah. Setelah pekerjaan selesai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun pembetulan pada sel-sel tersebut. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa pengiraan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui "ilham" dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.

Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka perlukan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala pengiraan secara terinci ini menghasilkan madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung "ubat bagi manusia" tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam Al-Qur'an:

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16:69)

Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini?

Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Sebagaimana firman Allah, madu adalah "ubat yang menyembuhkan bagi manusia". Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para cendikiawan yang bertemu pada World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China. Dalam perjumpaan tersebut dibincangkan pengubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para pengkaji Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit. Seorang doktor berasal dari Rumania mengatakan bahawa ia cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pesakitnya sembuh sama sekali.

Para doktor dari Polandia juga mengatakan dalam perjumpaan tersebut menyatakan bahawa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lain.



SUMBER: http://members.lycos.co.uk/kskbpt/petua.htm






Thursday, July 16, 2009

Rahsia Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



SUMBER DARI duitfreeze

Wednesday, July 15, 2009

Teori membentuk anak lelaki dan perempuan

Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan." Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
  1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
  2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
  3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri. Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah swt. Namun kita digalakkan berikhtiar.
  4. Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
  5. Sumber: Artikel Kolej Agama Sultan Zainal Abidin Petua Dua Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan insyallah boleh diperolehi. i. Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan. ii. Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah, makbul jika diiringi doa. walauapapun, sebelum bersama suami isteri, adalah wajib bagi membaca kalimah suci ALLAH, Bismillahirrahmanirrahim.. diikuti dengan doa seperti berikut : Allahumma jannibnasy syaito wajannibisy syaito namaa rozaktana.

SUMBER DARI duitfreeze




Tuesday, July 14, 2009

Cara Ajar Anak Belajar SeMasa Dalam KAndungaN

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soala n yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembang an beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama y ang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otk (bodoh).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri.!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi..

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Pemerhatian menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap ditel iti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan,dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York .
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?

Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan
ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon